Wednesday, October 19, 2016

Macam mana nak buat Tutu Skirt

Baiklah, untuk post kali ini, kita melencong sedikit daripada hal-hal berkaitan teknologi setelah tiga post berturut-turut kita belajar tip-tip untuk mengoptimasikan penggunaan Outlook.

Di penghujung tahun sebegini, pastinya kebanyakan guru-guru mula sibuk dengan persiapan pelbagai majlis di sekolah, seperti Hari Sukan, Hari Kanak-Kanak, dan Majlis Graduasi. Selain itu, ibu bapa yang menginginkan kelainan di dalam majlis harijadi juga boleh mencuba untuk menghasilkan sesuatu yang lebih meriah dan istimewa untuk anak mereka.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk menghasilkan Tutu Skirt yang menjadi kegilaan anak-anak gadis masa kini.

Kami akan cuba menerangkan langkah demi langkah bagi menghasilkan Tutu Skirt yang mudah, ringkas dan cantik.



Macam mana nak buat Tutu Skirt




Bahan-bahan:



1. Kain Net (ikut pilihan warna yang disukai, nak guna satu warna pun boleh. Atau warna warni pun boleh).

2. Gunting

3. Riben / Aksesori yang difikirkan perlu





Cara-cara membuatnya



Lipat kain net kepada dua bahagian mengikut kesesuaian panjang Tutu Skirt yang diinginkan. 

Potong kain net lebih kurang 3 inci lebar sebanyak lebih kurang 20 hingga 40 helaian. (mengikut saiz ukur lilit pinggang si pemakai. Kalau baby mungkin 20 helaian sudah cukup dapat hasilkan Tutu Skirt yang gebu).


Gunting selebar 3 inci (buat sebanyak yang diinginkan -lagi banyak, lagi gebu Tutu Skirt)


Ambil sekeping kain net yang telah dipotong dan ukur pinggang si pemakai. Boleh juga gantikan dengan riben atau tali, mengikut kreativiti masing-masing. Ikat kan kain net / riben / tali pada kerusi untuk memudahkan proses mengikat.

Saiz 3 inci dilipat 2

Guna sehelai kain net yang dipotong 3 inci sebagai pinggang (ukur saiz pinggang pemakai)
Boleh juga digantikan dengan riben atau tali.

Ikat pada kerusi untuk memudahkan proses mengikat. (1)

Ikat pada kerusi untuk memudahkan proses mengikat. (2) 

Ikat pada kerusi untuk memudahkan proses mengikat. (3)

Ikat pada kerusi untuk memudahkan proses mengikat. (4)

Ikat pada kerusi untuk memudahkan proses mengikat. (5)

Setelah diikat pada kerusi.

Ambil sehelai kain net yang telah dipotong

Ikat pada pinggang Tutu Skirt yang diikat pada kerusi sebentar tadi (1)

Ikat pada pinggang Tutu Skirt yang diikat pada kerusi sebentar tadi (2)

Ikat pada pinggang Tutu Skirt yang diikat pada kerusi sebentar tadi (3)

Ikat pada pinggang Tutu Skirt yang diikat pada kerusi sebentar tadi (4)

Ikat pada pinggang Tutu Skirt yang diikat pada kerusi sebentar tadi (5)

Ikat pada pinggang Tutu Skirt yang diikat pada kerusi sebentar tadi (6)

Ikat pada pinggang Tutu Skirt yang diikat pada kerusi sebentar tadi (7)

Ikat pada pinggang Tutu Skirt yang diikat pada kerusi sebentar tadi (8)

Hasilnya selepas diikat

Ulangi proses di atas sehingga helaian kain net / riben habis atau sehingga mencukupi untuk si pemakai.
Ulang proses mengikat kain net pada pinggang sehingga mendapat hasil seperti ini.

Hasilnya

Anda akan mendapat bentuk seperti ini setelah selesai mengikat semua kain net pada pinggang


Potong bahagian bawah skirt supaya sama dan kemas.

Skirt boleh dihias dengan menggunakan bahan tambahan seperti bunga, riben, tali bulu, daun, dan lain-lain.

Seterusnya, ikat hiasan pada Tutu Skirt mengikut kreativiti masing-masing (1)

Seterusnya, ikat hiasan pada Tutu Skirt mengikut kreativiti masing-masing (2)

Seterusnya, ikat hiasan pada Tutu Skirt mengikut kreativiti masing-masing (3)


Inilah hasilnya Tutu Skirt yang telah siap dihias dan dipakai.

Tutu Skirt



Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat menghasilkan D-I-Y Tutu Skirt yang cantik dan menarik.

Jangan lupa untuk LIKE kami di Facebook (www.facebook.com/macammanadotcom) supaya anda tidak akan ketinggalan untuk mendapatkan status update terkini dari kami. 

Anda juga boleh meninggalkan sebarang komen di bawah, atau ingin memberi cadangan, pandangan atau pertanyaan, bolehlah klik pada link Maklum Balas di atas.